Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

HARI TEMU UJI PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2020

Pada 14 Disember 2019 (Sabtu), SMAN Pahang telah mengadakan hari temu uji bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 Tahun 2020. Calon yang terlibat dalam temu uji di Ma’ahad SAS seramai 229 orang. Segala perjalanan ujian bertulisan dan lisan berjalan dengan jayanya. Semasa sedang berlangsung ujian bertulis, ibu bapa mendengar taklimat dari barisan GPK dan Tuan Pengetua. Terima kasih kepada para guru dan pelajar yang terlibat sama menjayakan hari temu uji. 

Tag: Temu uji Tingkatan 1

Papar Artikel

SELAMAT BERSARA CIKGU ZULKIPLI

Perkhidmatan Cikgu Zulkipli bin Husain sebagai guru Fizik dan Matematik di Ma'ahad SAS akan tamat pada 1 Januari 2020. Tarikh 22 November 2019 hari terakhir persekolahan sesi 2019 dan sesi persekolahan semula pada 2 Januari 2020. Semoga Allah memudahkan urusan cikgu dunia dan akhirat. 

Tag: Selamat Bersara