PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2 HINGGA 5 SESI 2020
Pada 31 Disember 2019 (Selasa), pendaftaran tingkatan 2 hingga 5 telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma'ahad SAS. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Pendaftaran hari ini termasuklah urusan pembayaran yuran sekolah, PIBG, dan asrama. Pembelian buku tulis, baju batik, baju koko di pula di kedai buku. Kemudian urusan pengambilan buku teks di bilik SPBT.
Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam melancarkan proses pendafaran pelajar...
PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2020
Pada 26 Disember 2019 (Khamis), pendaftaran tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma'ahad SAS. Bagi sesi 2020, seramai 166 orang pelajar diterima masuk selepas melalui temu uji pada 14 Disember lalu. Pendaftaran hari ini hanya mencatatkan 119 orang pelajar sahaja.
Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Pendaftaran hari ini termasuklah penentuan kelas, pembayaran yuran sekolah, PIBG, dan asrama. Pembelian buku tulis, baju batik, baju koko di pula...
KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2019
Pada 19 Disember 2019 (Khamis), keputusan rasmi Pentaksiaran Tingkatan 3 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada tahun ini, bilangan calon yang menduduki peperiksaan PT3 seramai 116 orang. Alhamdulillah.. Ma’ahad SAS telah menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dari 3.35 tahun 2018 kepada 3.25 pada tahun 2019. Pelajar yang memperolehi 7A seramai 2 orang, 6A seramai 4 orang, 5A seramai 3 orang, 4A seramai 6 orang dan 3 A seramai 14 orang.
Pihak sekolah...
KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA TAHUN 2019
Pada 17 Disember 2019 (Selasa), Majlis pengumuman rasmi keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ini telah disampaikan oleh YH Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang di Dewan Al-Hassan SMA Al-Wosto Temerloh.
Pada tahun ini, Ma’ahad SAS mencatatkan penurunan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu dari 1.99 pada tahun 2018 kepada 2.63 pada tahun 2019. Jumlah pelajar yang memperolehi pangkat Mumtaz seramai 24 orang dan 4 orang daripada mereka memperolehi MUMTAZ...