Program Jelajah Minda Sejahtera (JMS) Bantu Pelajar Fahami Kesihatan Mental
Bandar Jengka, 8 Oktober 2025 – Program Jelajah Minda Sejahtera (JMS) telah diadakan dengan jayanya di Dewan Besar Saidina Ali, MSAS melibatkan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan tujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi.
Sesi ceramah utama telah disampaikan oleh Puan Norazizah binti A. Aziz, seorang aktivis dan perunding psikologi berpengalaman luas dalam...
