PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA SMA DAN SPM 2025
Dewan Saidina Ali Ma’ahad SAS telah menjadi saksi pelaksanaan Program Solat Hajat Perdana SMA dan SPM 2025 yang diadakan pada 1 November 2025 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi. Program ini bertujuan memohon keberkatan dan ketenangan hati pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting, di samping mengeratkan hubungan antara ibu bapa, guru dan pelajar.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran diikuti solat hajat dan solat dhuha sebagai simbol pengharapan kepada Allah SWT. Seterusnya, hadirin...
