PROGRAM MOTIVASI PELAJAR
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 12 JULAI 2017 (Rabu), Penyelasaran Motivasi Ma’ahad SAS 2017 telah mengadakan program motivasi pelajar bertempat di Dewan Saidina Ali. Pelajar tingkatan 1 sehingga 6 diwajibkan untuk menghadiri program tersebut.
Penceramah jemputan dalam program ini ialah En. Ridhwan Bin Abdullah dan beliau bertugas di PPD Jerantut. Motivasi pelajar ini diadakan sebagai usaha sekolah untuk membantu pelajar ke arah kecemerlangan dunia akhirat
MAJLIS PERTEMUAN KUIPSAS BERSAMA PELAJAR SPM & STAM 2017 MA’AHAD SAS
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –26 April 2017 (Rabu), majlis pertemuan KUIPSAS bersama pelajar SPM dan STAM 2017 Ma’ahad SAS diadakan di Dewan Saidina Ali. Program ini bertujuan memperkenalkan kepada para pelajar mengenai program-program pengajian yang ditawarkan oleh pihak KUIPSAS.
KEJOHANAN MERENTAS DESA & SUKAN TAHUNAN MA’AHAD SAS 2017
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –21 dan 22 April 2017 (Jumaat dan Sabtu), Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah telah mengadakan acara merentas desa. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Para pelajar memulakan larian mereka di hadapan pintu gerbang Ma’ahad SAS dengan dirasmikan larian tersebut oleh Pengetua Ma’ahad SAS, Pn. Noraini Binti Abdul Manap bersama GPK HEM, Pn. Asmanizam Binti Kamarzaman. Sepanjang acara tersebut, pihak sekolah menyediakan...
MAJLIS APRESIASI PENDIDIKAN MA’AHAD SAS 2016 & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG MA’AHAD SAS KALI KE-27 TAHUN 2017
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –15 April 2017 (Sabtu), PIBG Ma’ahad SAS telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-27 Tahun 2017 bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Mesyuarat berlangsung dari jam 8.00 pagi hinggg 11.00pagi.
Pada jam 11.00pagi, Majlis Apresiasi Pendidikan 2016 telah dirasmikan oleh YB. Dato. Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang. Majlis tamat pada jam 12.30 tengah hari. Ucapan...
