Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

LATIHAN FIREDRILL OLEH JAWATANKUASA KESELAMATAN (4K) MA’AHAD SAS

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 5 April 2017 (Rabu), bahagian keselamatan (4K) telah mengadakan latihan firedrill bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. 

Latihan telah diadakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Selepas latihan tamat, pegawai bomba memberi taklimat cara menghadapi situasi kebakaran. Kemudian diteruskan dengan latihan praktikal memadamkan api menggunakan alat pemadam api. Semoga latihan ini diadakan setiap tahun sebagai peringatan dan...

Tag: firedrill

Papar Artikel

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2016

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 16 Mac 2017 (Khamis), keputusan SPM bagi tahun 2016 telah diumumkan di seluruh negeri secara rasminya. Pada tahun ini, keputusan SPM di Ma’ahad SAS pada tahun ini berada di tahap memuaskan dengan pencapaian GPS 4.54. Berikut adalah nama pelajar cemerlang SPM 2016 : 

7A 

1.       Intan Saila Binti Ibrahim 
2.       Nur Syafiqah Binti Tarmizi

6A

1.       Siti Hajar Binti Muhammad...

Tag: spm2016

Papar Artikel

MAJLIS GRADUASI STAM 2016

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 10 Mac 2017 (Jumaat), Majlis Graduasi STAM 2016 telah diadakan dengan jayanya buat kali pertama di Ma’ahad SAS. Seramai 55 orang graduan menerima sijil STAM 2016 bermula dari pangkat Mumtaz sehingga pangkat Maqbul. 

Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh En. Bakar bin Mat Saad, KPPP Bahagian Pendidikan JAIP. Kemeriahan majlis diserikan dengan kehadiran YDP PIBG Ma’ahad SAS, En. Norsufian Bin Asmuni dan para ibu bapa graduan. Majlis tamat...

Tag: graduasistam2016

Papar Artikel

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 4K

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 27 Februari 2017 (Isnin), Majlis Pelancaran Program 4K peringkat sekolah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Che Aziz Bin Che Dollah mewakili Puan Pengetua Ma’ahad SAS, Pn. Noraini Binti Abdul Manap.

 Majlis tersebut dirasmikan pada perhimpunan pagi di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Program ini bertemakan “Bersama Wujudkan Sekolah Indah, Ceria dan Selamat”. Semoga para guru dan para pelajar bersama-sama berganding bahu ke arah...

Tag: perasmian 4k