Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

MAJLIS SERAHAN WANG ZAKAT

JENGKA - Majlis Serahan Wang Zakat telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal Dan Operasi) Dr. Asmadi bin Abdul Rahman pada 10 Ogos 2022. Seramai 245 orang pelajar telah menerima Wang Zakat tersebut yag bernilai sebanyak RM200 setiap seorang.

Tag: #WangZakat

Papar Artikel

WARTA SEKOLAH | SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2022/2023

Bandar Jengka - Selamat Kembali ke Sekolah untuk sesi 2022/2023 kepada para guru dan pelajar Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. Sesi persekolahan dijalankan secara tidak bersemuka (PdPr) bermula 21 Mac 2022 hingga 15 April 2022 bagi pelajar Tingkatan 1,2&3 manakala bagi pelajar Tingkatan 4&5 sehingga 1 April 2022. Sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan dengan pelajar Tingkatan 4&5 iaitu pada 4 April 2022 dan seterusnya pelajar Tingkatan 1,2&3 pada 18 April 2022....

Tag: #maahadsas2022

Papar Artikel

KEM KEPIMPINAN PELAJAR

RAUB - Kem Kepimpinan Pelajar telah diadakan di Kela Adventure Camp, Ulu Sungai, Raub pada 29-31 Julai 2022 yang lalu. Seramai 88 orang pelajar telah dipilih menyertai program tersebut yang meliputi dari Badan Kepimpinan Pelajar, Pusat Sumber, Aspura dan Aspuri. Pelbagai aktiviti lasak telah dijalankan bagi meningkatkan lagi ketahanan pelajar dalam menghadapi apa jua cabaran, di samping mendedahkan mereka kepada ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada mereka bagi memimpin rakan pelajar yang...

Tag: #Kem Kepimpinan

Papar Artikel

LATIHAN KEBAKARAN

JENGKA - Pada 3 Ogos 2022, suatu Latihan Kebakaran telah dijalankan pada jam 11.01 pagi. Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka seramai 8 orang telah sampai dalam masa 4 minit dari waktu panggilan dibuat. Program tersebut dijalankan bagi menilai kesiapsiagaan pihak sekolah jika situasi kebakaran benar-benar berlaku. Demonstrasi memadam kebakaran juga diadakan bagi mendedahkan kepada guru, kakitangan dan pelajar; bagaimana cara untuk memadam api.

Tag: #Firedrill