MUSIM BANJIR TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT PELAJAR & GURU
SMA AL –ATTAS PEKAN , 25 JAN 2017 – Semangat yang tidak pernah luntur dalam mengharungi pelbagai masalah harus dipuji . Pujian tersebut layak diberikan kepada barisan guru & para pelajar yang masih lagi kukuh tekadnya kuat usahanya bagi melangkahkan kaki ke sekolah walaupun sekitar kawasannya di landa air akibat hujan lebat pada hari semalam .Paras air di bahagian asrama lelaki di tahap buku lali ,masalah tersebut tidak menjadi alasan untuk mereka tidak menjejakkan kaki ke sekolah...
TEMU DUGA KELAS TAHFIZ IMAM HAFS
BILIK TAHFIZ IMAM HAFS, 25 JAN 2017 – Seramai 17 orang pelajar telah menjalani temu duga bagi melayakkan mereka menjadi sebahagian pelajar tahfiz pada tahun ini . Temu duga tersebut terbuka kepada pelajar tingkatan 1 yang telah mengisi borong permohonan , paling penting mereka berminat dalam menghafaz ayat – ayat suci al –Quran . Temu duga yang telah dikendalikan oleh Puan Nurhidayah Binti Suhaimi bersama – sama Cik Ummi Salamah Binti Abdul Karim yang berlangsung selama 2 jam...
PENCAPAIAN MERENTAS DESA MSSD MEMBANGGAKAN
SMK CHINI PEKAN , 24 JAN 2017 – Merentas Desa peringkat MSSD kali ini telah melabuhkan tirainya . Beberapa buah sekolah sekitar daerah pekan bertanding bagi merebut gelaran juara termasuklah Al – Attas yang tidak ketinggalan menghantar wakil pada kejohanan tersebut .Seramai 24 orang pelajar yang terpilih daripada pertandingan merentas desa peringkat sekolah baharu – baharu ini dihantar ke pertandingan itu . Berkat usaha yang ditonjolkan oleh beberapa orang...
PELANTIKAN KETUA / PENOLONG PELAJAR
DEWAN SYED HASSAN AL-ATTAS PEKAN , 23 JANUARI 2017 – Kepimpinan yang kukuh dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang amat penting .Hal ini demikian kerana segala gerak kerja akan berjalan lancar sekiranya semua bertindak mengikut ketetapan yang diinginkan seperti tahap kawalan disiplin para pelajar . Bagi membantu segalanya berjalan lancar , bantuan ketua & penolong pelajar amat diperlukan . Sebagaimana diketahui umum , setiap tahun al -attas akan melaksanakan watikah pelantikan...