Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

TINDAKAN DISIPLIN AKAN DIKENAKAN BAGI PELAJAR PONTENG KELAS PDPR ONLINE DI RUMAH

 Assalamualaikum kepada warga pendidik Al-Attas. 

Berikutan peningkatan kes COVID-19 sehingga mengakibatkan pelajar- pelajar terpaksa belajar dari rumah, Ini pasti memberikan impak yang besar kepada guru dan juga pelajar. 

Bagaimana guru mahu memastikan pelajar terlibat secara serius dalam sesi PDPR?

Bagaimana pula dengan pelajar yang sengaja tidak melibatkan diri dalam PDPR?

Pasti ini akan merisaukan guru.

Jadi, bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah pelajar yang tidak melibatkan diri dalam PDPR?

Oleh itu, mana-mana guru yang mendapati pelajar-pelajar tidak melibatkan diri dalam PDPR melebihi tiga kali , sila bagi nama kepada saya untuk tindakan lanjut. 

Kita harus serius membendung masalah disiplin walaupun kita belajar dari rumah.

Semoga urusan kita berjalan lancar sepanjang tempoh PKPB dan akan PKP nanti.

Sekian,
Setiausaha
Unit Disiplin
SMA AL-ATTAS

Tag: #UNITDISIPLIN 2O21

0 komen

Sila berikan komen anda di sini