Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

GOTONG - ROYONG KEBERSIHAN KELAS

 

SMA AL –ATTAS PEKAN , 1 FEB 2017 – Satu gotong – royong telah diadakan  baru – baru ini .Gotong – Royong tersebut melibatkan semua pelajar & guru – guru kelas masing – masing . Skop utama yang dikehendaki adalah dengan membersihkan segala kekotoran yang terdiri daripada sampah , habuk di bahagian tingkap , menyapu sawang & terdapat juga kelas yang membasuh lantai agar kelihatan bersih .Selaku Setiausaha kebersihan sekolah Puan Marbiah binti  Ahmad telah memberitahu kepada semua pelajar akan aktiviti tersebut sejak dari hari jumaat sebelum cuti raya cina . 

   Kebersihan kelas amat dititik beratkan agar para pelajar dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara terus & selesa mata memandang . Pada hari tersebut dapat dilihat semua berganding bahu dalam menjayakan aktiviti gotong – royong tersebut . Tepat jam 4 .00 petang ada kelas yang telah siap dibersihkan , pihak kebersihan sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah ditonjolkan pada hari  kejadian .

Tag: # KELAS BERSIH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini