Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PELAKSANAAN MAJALAH 2017

DATARAN KEJAT SMA AL -ATTAS , 6 MAC 2017 – Bermula episod baharu tahun ini team majalah beraksi , pelbagai liputan kerja dilaksanakan mengikut tugasan masing – masing . Selaku setiausaha majalah pada kali ini Puan Nurul Izzat Binti Shukri telah mengagihkan kertas kerja bagi memudahkan gerak perjalanan dari mula hingga majalah siap diedarkan . Pada pagi 6.3 . 2017  telah berlangsungnya sesi penggambaran untuk setiap kelas yang dimulakan dengan kelas tingkatan 2 & 3 . Para pelajar juga telah dimaklumkan dengan lebih awal akan sesi penggambaran tersebut agar segala gerak kerja berjalan lancar . 

Sesi penggambaran yang dijadualkan bermula dari 6.3 . 2017 hingga 13.3.2017  untuk pelbagai kategori antaranya kelas,persatuan,sukan,ilmiah,kakitangan, barisan guru – guru .Menurut daripada maklumat setiausaha majalah , segalanya bergantung kepada keadaan cuaca & sesuatu hal yang dikendalikan agar mudah diselesaikan . Keceriaan sudut majalah juga dilakarkan dengan pelbagai coretan karya – karya daripada para pelajar & guru – guru yang ingin menyumbang idea kreatif berkenaan . Sudut kenangan & sudut mutiara kata guru adalah kelainan majalah yang akan ditonjolkan pada kali ini .Semoga majalah dapat dicetak untuk tatapan semua buat tahun ini , in shaa Allah .

Tag: #MAJALAH 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini