Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

MAJLIS KHATAM AL - QURAN SMAA BERJALAN LANCAR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bersyukur  kita kepada Allah Yang Maha Esa atas kelancaran proses Majlis Khatam Al - Quran SMAA yang telah berlangsung secara atas talian pada jam 10 pagi tadi ( 22 Mei 2020) .Bagi mewakili semua warga SMAA terima kasih atas kerjasama semua individu yang terlibat dalam menjayakan Majlis tersebut iaitu :

Ketua Unit Multimedia : Cikgu Anis Ayuni Bt Ab Wahab 

Pengerusi Majlis : Ustazah Norhaliza Bt Hashim

Penyampaian Tazkirah : Ustaz Abdul Mun'im Bin Salehuddin

Ucapan Alu - aluan : Puan Pengetua Puan Rosiah Bt Zainal

Ketua Khatam Al - Quran : Ustaz Asri Bin Mansor

19 orang pelajar : Nama di dalam pamplet yang tertera .


Beberapa orang guru, ibu bapa , penjaga serta yang di hargai Tuan YDP PIBG Tuan Haji Mohd Sani Bin Mohd Saat , Ajk PIBG Tuan Rizal Mustafar ,barisan pelajar yang terlibat secara langsung & tidak langsung sokongan kalian amat dihargai..

Antara intipati ucapan Puan Pengetua :
Beliau melahirkan rasa bersyukur atas kerjasama semua yang telah melancarkan proses Majlis Khatam Al - Quran bagi tahun 2020 ini .Walaupun sudah sebulan lebih tidak bertemu para pelajar, sifat keibuan juga terpancar apabila Puan Pengetua masih sempat menitipkan pesanan agar para pelajar menjaga diri dek kerana wabak yang melanda dunia ini ( covid -19) . Ukhwah antara guru juga tidak dilupakan dengan bertanya khabar agar semua yang berada dalam talian ketika majlis berlangsung sihat di bawah lindung-Nya.Moga Majlis Khatam Al - Quran ini juga dapat menjadikan asbab kita akan terus membaca kalam suci Allah ini,beliau mengakhiri ucapan bermakna tersebut .

Majlis Khatam Al -Quran berlangsung dari jam 10 pagi hingga 11.10 pagi..Tahniah kepada semua dalam menjayakan majlis bermakna pada hari ini, moga pahala berpanjangan serta  Allah permudahkan segala urusan kita .


Tag: #MAJLISKHATAMALQURAN2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini