Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PROGRAM KAEDAH ALTERNATIF PENULISAN MUFRADAT

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 8 MAC 2018 – Kesungguhan Ustaz  Ahmad Farid Bin Mohd Din  dalam menjayakan Program Kaedah Alternatif Penulisan Mufradat dalam bahasa Arab  kepada semua pelajar Sma Al –Attas harus dipuji .Program pada pagi tersebut menerangkan penggunaan buku yang telah dikeluarkan oleh beliau bagi memudahkan para pelajar memahami setiap mufradat yang telah dicatat mengikut mata pelajaran seperti Tafsir , Feqah & sebagainya .Menurut kata beliau lagi , melalui penulisan tersebut juga para pelajar dapat membanding bezakan setiap tatabahasa malahan lebih memahami setiap subjek yang telah diajar oleh guru .  

Penerang tersebut berlangsung selamat 30 minit yang telah disaksikan oleh GPK Kurikulum Ustaz bersama – sama para guru yang hadir ke dewan pada pagi itu .Buku yang telah diterbitkan oleh beliau juga mendapat pujian daripada kalangan pensyarah – pensyarah lain terutamanya dari tanah Arab . Walaupun masa yang disampaikan adalah amat singkat tetapi warga Sma Al –Attas cukup berbesar hati kerana Ustaz  Ahmad Farid sudi hadir bagi berkongsi ilmu tersebut . 

Tag: #PANITIABAHASAARAB

0 komen

Sila berikan komen anda di sini