Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

MAJLIS TADARUS AL -QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

KELANTAN DARUL NAIM , 15 MEI 2017 – Tanggal 14 mei 2017 telah berlangsungnya Majlis Tadarus Quran Sekolah – Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi peringkat kebangsaan yang diadakan di IPG Pengkalan Chepa negeri Kelantan . Adik Mohd Azam Bin Naim telah mewakili negeri Pahang bagi kategori tilawah menengah .Penyertaan Adik Azam Bin Mohd Naim merupakan wakil sekolah yang amat dibanggakan oleh semua warga Al –Attas Pekan . Selaku guru pengiring Puan Noridan Binti Simi menyatakan bahawa setiap wakil peserta dari negeri lain amat hebat bacaannya hingga menyebabkan anak didiknya Adik Mohd Azam Bin Naim hanya sekadar meraih saguhati pada pertandingan kali ini . 

Walau bagaimanapun , peluang memasuki pertandingan peringkat kebangsaan tersebut sudah cukup memberikan seribu kebaikan kerana dapat memperoleh pengalaman pertama dalam pertandingan itu. Menjadi juara memerlukan usaha berterusan , usaha yang ditonjolkan oleh adik Mohd Azam Bin Naim di tahap membanggakan tetapi tuah tidak berpihak kepadanya kali ini . Semoga pengalaman ini akan menjadi pembakar semangat sekiranya diberi kesempatan sekali lagi mewakili pertandingan untuk akan datang . Tahniah daripada semua warga SMA Al –Attas Pekan . 

Tag: # MTQ ( PERINGKAT KEBANGSAAN )

0 komen

Sila berikan komen anda di sini