Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

MUSIM BANJIR TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT PELAJAR & GURU

SMA AL –ATTAS PEKAN , 25 JAN 2017 – Semangat yang tidak pernah luntur  dalam mengharungi pelbagai masalah harus dipuji . Pujian tersebut layak diberikan kepada barisan guru & para pelajar yang masih lagi kukuh tekadnya kuat usahanya bagi melangkahkan kaki ke sekolah walaupun sekitar kawasannya di landa air akibat hujan lebat pada hari semalam .Paras air di bahagian asrama lelaki di tahap buku lali ,masalah tersebut tidak menjadi alasan untuk mereka tidak menjejakkan kaki ke sekolah walaupun ada yang datang dengan berselipar . Gelagat guru – guru juga dapat dilihat  terutamanya guru perempuan  kerana terdapat juga yang memakai  croc ( selipar ) kerana tahan air untuk meredah air yang sedikit tinggi . Pengalaman manis ini akan terpahat dalam ingatan semua warga al –attas , walaupun begitu keselamatan pelajar asrama tetap dijaga dengan kehadiran warden yang sentiasa bertindak dalam segala hal demi menjaga hak keselamatan semua pelajar Al –Attas .

Tag: #SUKA DUKA BANJIR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini