Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

ROMBONGAN KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH , 6 – 7 MEI 2017 – Bagi menggalakkan para pelajar mengenal sejarah melayu lama , Persatuan Sejarah sekolah pada tahun ini telah mengadakan rombongan ke negeri bersejarah iaitu Melaka . Melaka menjadi destinasi untuk diterokai khazanah yang ada di situ .Seramai 5 orang guru pengiring dan 50 orang pelajar menyertai rombongan tersebut .

 Pelbagai destinasi menarik telah dibawa oleh ketua rombongan iaitu Puan Anis Ayuni Binti Ab Wahab .  Antara destinasi tersebut ialah Pusat Islam Melaka , Muzium Kapal Selam , Taman  Mini Asean  dan Telaga Hang Tuah . Setiap tempat yang dituju mempunyai keistimewaan tersendiri , para pelajar juga diberikan penerangan ketika berada di tempat tersebut terutamanya mengenai sejarah sesuatu perkara yang perlu diketahui semua .Tanda terima kasih juga diucapkan kepada sesiapa yang menghulurkan bantuan kerana sepanjang rombongan dijalankan rezeki para pelajar dan guru pengiring juga amat murah kerana ada sahaja pihak yang ingin menaja ketika keberadaan mereka di situ .

Tag: #JALAN - JALAN TIMBA ILMU

0 komen

Sila berikan komen anda di sini