Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

LARIAN MERENTAS DESA

PERKARANGAN SMA AL -ATTAS PEKAN , 21 JANUARI 2017- Semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh semua pelajar Sma Al -attas dalam menyahut cabaran larian merentas desa baharu – baharu ini amat memberangsangkan . Sebelum larian bermula, para pelajar diminta berkumpul di dalam dewan tertutup oleh GPK Kokurikulum Ustaz Ahmad Halimee Bin Sulaiman bagi mendengar amanat daripada Tuan Pengetua Tuan Haji Mod Najib @ Mohammad Najib Bin Yaakob sebelum mereka memulakan larian tersebut . Para pelajar juga sempat membuat aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh para pelajar tingkatan 5 . Mereka Melakukan senaman ringan seperti pergerakan tangan , kaki & yang paling penting senaman tersebut bertujuan agar tahap ketahanan seseorang dapat mengatasi pelbagai masalah sebelum mereka berlari sejauh 5 km .
 Walaupun cuaca agak mendung dan adakalanya hujan renyai – renyai , semangat kesukanan antara mereka amat kuat . Hal ini dapat dilihat melalui larian yang dilepaskan oleh Tuan Pengetua tepat jam 10 pagi .Larian tersebut dimulakan oleh pelajar lelaki & diikuti pelajar perempuan . Menurut sumber maklumat yang diperoleh kebanyakan pelajar yang memenangi acara larian tersebut terdiri daripada Rumah Sukan Umar tetapi terdapat juga rumah sukan lain yang bersaing untuk memenangi acara tersebut . Bagi pelajar yang memenangi larian merentas desa mereka dipilih secara terus untuk mewakilkan diri ke acara Merentas Desa Peringkat MSSD di SMK Chini pada hari selasa 24 jan 2017 . Semoga kejayaan akan terlakar di sana , in shaa Allah .


Tag: # LARIAN MERENTAS DESA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini