Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PELAJAR PEREMPUAN MENERIMA SUNTIKAN HPV


BILIK KESIHATAN SMA AL –ATTAS PEKAN , 1 FEB 2017 – Kedatangan kakitangan kesihatan disambut baik oleh Setiausaha bilik kesihatan Puan Hafizah  Omar ,kehadiran mereka ke sekolah adalah untuk memberikan suntikan HPV kepada semua pelajar tingkatan satu khususnya pelajar  perempuan . Seramai 44 orang pelajar perempuan dipanggil mengikut giliran bagi menerima suntikan tersebut . Human papillomavirus (juga dikenali HPV) adalah satu kumpulan virus yang terdiri lebih daripada 120 jenis. Sebahagiannya lebih kurang 40 jenis adalah dikenali sebagain ‘genital human papillomavirus‘ adalah penyakit kelamin yang paling biasa berjangkit pada manusia. Mengikut keterangan bahagian kesihatan Malaysia suntikan HPV diberikan adalah untuk mencegah daripada jangkitan kanser servik terutamanya bagi pelajar perempuan ,hal ini bertujuan menjadi pencegahan awal agar tidak berisiko dijangkiti . 
 

 

 

Tag: # HPV KALI PERTAMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini