Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

MAJLIS PERPISAHAN GURU & KAKITANGAN

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS, 5 SEPT 2017 – Satu majlis diadakan bagi mengenang jasa dan keringat yang telah dicurahkan oleh dua orang pekerja Sma Al –Attas yang akan bertukar ke tempat lain berkuatkuasa mulai bulan ini .Kamsiah Binti Mansor merupakan kakitangan pejabat yang telah berkhidmat di bumi al –attas selama 7 tahun dan akan bertukar ke Jabatan Agama Islam Pahang manakala Ustazah Norhasimah Binti Ismail pula merupakan salah seorang guru yang mana akan bertukar ke Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah . Ustazah Norhasimah telah lama berkhidmat selama 20 tahun di Sma Al –Attas kini khimatnya akan digunakan di tempat di mana beliau akan ditukarkan . Majlis perpisahan tersebut dilaksanakan dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari , acara kemuncak yang ditunggu – tunggu adalah melalui ucapan setiap wakil pelajar, guru ,gpk & tuan pengetua . Acara pemberian hadiah kepada mereka juga diadakan dengan sumbangan daripada pihak pelajar , kakitangan , kelab guru & pibg sekolah pada hari berkenaan . Semoga mereka akan lebih mengorak langkah kejayaan di tempat baharu . 

Tag: #GURU BERTUKAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini