Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

MAJLIS TADARUS AL -QURAN

SEK MEN KEB DATO MAHMUD MAT PEKAN , 9 MAC 2017 – Setiap tahun SMA Al –Attas akan menghantar beberapa orang wakil pelajar untuk menyertai Majlis Tadarus Quran (MTQ) peringkat Daerah Pekan . Seramai 6 orang pelajar yang terdiri daripada 3 orang pelajar perempuan & 3 orang pelajar lelaki mengambil bahagian pada hari tersebut yang berlangsung di Dewan SMKDMM(Sek Men Keb Dato Mahmud Mat ) dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang . Pelajar tersebut dibawa oleh 3 orang guru pengiring terdiri daripada Puan Zariah ,Puan Noridan & Puan Marbiah . Tuah ayam Nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu begitulah selalunya peribahasa yang sering didengari . Tanpa di sangka – sangka Adik Mohd Azam Bin Naim telah dinobatkan sebagai Johan MTQ kali ini dengan  menerwaskan 18 buah sekolah – sekolah menengah sekitar pekan . Manakala bagi kategori pelajar perempuan pula gelaran naib johan telah disandang oleh Adik Suwaida Binti Abdul Hamid juga daripada Sma Al –Attas .Mereka berdua layak ke peringkat seterusnya ,tahniah diucapkan kepada pemenang .

 

 

 

Tag: # MTQ

0 komen

Sila berikan komen anda di sini