Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PENDAFTARAN TING 1 2017

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 22 DIS 2016 – Setelah beberapa bulan yang lalu ditemu uji dalam pelbagai aspek terutamanya bacaan jawi & al –Quran kini  pendaftaran tingkatan satu telah dilaksanakan seluruh Sekolah Menengah Agama di bawah kerajaan Negeri Pahang . Pendaftaran ini amat bermakna kepada semua adik –adik yang menjangkau usia 13 tahun ,hal ini demikian kerana melalui pendaftaran ini menandakan bahawa mereka telah berjaya dalam sesi temu uji tersebut . Menghantar anak - anak ke sekolah menengah agama adalah salah satu cabang dakwah untuk kita para ibu bapa kerana di sekolah tersebut juga ada menyediakan kelas Tahfiz bagi anak – anak yang terpilih kelak . Kemasukan pelajar ke SMA Al -Attas pada kali ini dijangka seramai 116 orang pelajar iaitu 72 lelaki & 44 perempuan .Suasana ketika hari pendaftaran tersebut dapat dilihat dengan kehadiran ibu bapa yang ramai bagi membayar segala keperluan anak - anak mereka belajar dengan selesa kelak .Kepada adik –adik yang terpilih tahniah diucapkan, tekatkan impian anda & kuatkan semangat ketika menuntut ilmu di sekolah Menengah Agama kerana cabaran membawa sebanyak 18 subjek termasuklah subjek agama memerlukan kesungguhan yang jitu …in shaa Allah pertolongan Yang Maha Esa sentiasa di sisi insan yang menuntut Ilmu Agama-Nya . 

Tag: #PENDAFTARAN TING 1 2017

1 komen

cikgu

2016-12-26 00:20:14 UTC

selamat datang kepada semua pelajar baharu ,semoga anda akan lebih success..aamin...

Sila berikan komen anda di sini