Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

JUARA BOLA SEPAK MSSD BAWAH 15 MILIK SMA AL -ATTAS

PADANG MDP , 27 APRIL 2017 – Pasukan  bola sepak Sma Al –Attas telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bola sepak peringkat MSSD pekan bawah 15 yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Pekan pada petang semalam tepat jam 5.00 . Sebagai sokongan buat anak – anak al –attas yang mewakili nama sekolah terdapat juga dalam kalangan guru datang menyaksikan perlawanan tersebut .Tuan pengetua, barisan Gpk , setiausaha Koko , guru pengiring , guru - guru perempuan  & rakan – rakan mereka datang membawa sepanduk dengan harapan kemenangan akan menjadi milik Al –Attas . Perlawanan Akhir yang berlangsung antara  Sma Al –Attas  dengan Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan  amat senggit memaksa mereka berhempas pulas untuk menyumbangkan gol kemenangan tersebut . Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu , berkat kesungguhan berpasukan ketika perlawanan pada petang itu maka terhasil 2 gol berbalas 1 yang melayakkan kemenangan menjadi milik Sma Al –Attas . Tahniah kepada pasukan bola sepak bawah 15 kerana berjaya menjuarai & menjulang piala .

Tag: #JUARA BOLA SEPAK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini