Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PEMENANG PERTANDINGAN BERSEMPENA SAMBUTAN HARI GURU ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTAGRAM #GURUKUSEKOLAHKU 2017

SMA AL –ATTAS PEKAN , 14 JUN 2017 – 16 Mei yang lalu merupakan sambutan hari guru seluruh Malaysia . Bersempena sambutan tersebut ,pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengganjurkan satu pertandingan instagram #GurukuSekolahku buat semua pelajar yang bertujuan utama adalah untuk mereka menginspirasikan mana – mana guru yang dapat mereka jadikan idola dalam hidup mereka.Pertandingan tersebut mempunyai dua kategori iaitu para pelajar dibenarkan menghantar gambar bersama – sama guru mereka dengan kata – kata yang paling kreatif malahan penghantaran video juga amat dialu – alukan . 

Tuah ayam Nampak di kaki tuah manusia tiadak siapa yang tahu , sekadar hanya mencuba nasib dengan menghantar gambarnya bersama seorang rakan dan guru pembimbing melalui ruangan ini telah melayakkan adik Ahmad Nur Annas Bin Affendy memenangi hadiah dalam pertandingan tersebut . Cikgu Hafizah Binti Omar ialah guru pembimbing yang telah menjadikan kata – kata kreatif adik Annas melalui gambar yang telah dihantar menyimpan seribu tafsiran yang menarik  hati pihak penganjur memilihnya memenangi pertandingan #GurukuSekolahku tersebut .Pada pagi ini mereka akan bertolak ke Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya untuk menghadiri majlis penyampian hadiah oleh pihak penganjur , syabas dan tahniah diucapkan kerana telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan . 

Tag: #GURUKUSEKOLAHKU

0 komen

Sila berikan komen anda di sini