Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

JASANYA DI INGATI PEMERGIANNYA DI TANGISI ....


HOSPITAL  SULTANAH NUR ZAHIRAH KUALA TERENGGANU , 22 FEB 2017 – Kedatangan kami para guru disambut baik oleh kakitangan pihak hospital & keluarga . Kami diberi ruang untuk berjumpa dengan bekas pelajar kami ( 2016) yang dikatakan dalam keadaan kritikal . Kedatangan kami sebagai wakil pihak sekolah untuk melawat pelajar tersebut iaitu seramai 5 orang guru perempuan ,seorang warden asrama lelaki & 2 orang rakan baiknya dengan menaiki van sekolah yang dipandu oleh Encik Wan Malik . Menurut cakap saudara – maranya Adik Azizul Bin Rosli telah beberapa hari dimasukkan ke hospital berkenaan . Keadaan yang dahulunya seorang periang ketika di sekolah & memegang jawatan sebagai ketua kebersihan asrama bertindak juga sebagai pengawas berubah semasa melawatnya di wad di mana dia di tempatkan . Hanya sekujur tubuh kaku yang diberi bantuan penafasan yang dapat kami lihat . Rasa sayu & sedih menyelubungi hati kami guru – guru , jika semalam kami berkunjung melawatnya dengan harapan agar dia sembuh tetapi kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui segalanya . Benarlah kata – kata yang sering kita dengari bahawa perancangan Allah itu Maha Hebat kerana kira – kira jam 11 pagi (23 FEB 2017 ) pihak kami telah menerima berita bahawa adik Azizul Bin Rosli telah kembali menghadap pencipta-Nya sebab jangkitan kuman yang telah menyerang bahagian otaknya . Belum sempat arwah mengambil keputusan SPM 2016 dia telahpun dijemput Illahi .  Walau bagaimanapun , pihak sekolah sempat membuat kutipan derma & diserahkan kepada keluarga arwah agar sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dirasai .Tenanglah kamu di sana ,moga perjalanan hidupmu wahai pelajarku di alam sana dipermudahkan oleh –Nya ..

Tag: # SURATAN TELAH TERTULIS

0 komen

Sila berikan komen anda di sini