Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

2017 TAHUN MELAWAT PAHANG


DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 15 FEB 2017 –  2017 merupakan tahun melawat Negeri Pahang,salah satu keistimewaan yang ada di negeri tersebut ialah Muzium Sultan Abu Bakar yang terletak di Bandar Diraja Pekan. Muzium tersebut amat terkenal dengan kepelbagaian pameran & ada kalanya setiap tahun aktiviti pameran bertukar – tukar bagi menarik minat pengunjung berkunjung ke situ . Pada tahun ini pihak pengurusan Muzium telah mengadakan pameran tokoh – tokoh tamadun islam seluruh dunia .Pada hari semalam di dalam dewan para pelajar berkesempatan melihat petugas muzium melakonkan watak tokoh – tokoh tersebut . Hal ini bertujuan untuk menarik minat & kefahaman para pelajar berkaitan tokoh – tokoh ilmuan islam di samping membuka mata mereka agar sudi berkunjung ke muzium untuk lebih mencari gali pelbagai ilmu di sana . Kepada sesiapa yang berminat melihat pameran di Muzium Sultan Abu Bakar boleh melayari laman webnya, mari sama – sama memeriahkan tahun melawat Pahang .

Tag: # MUZIUM SULTAN ABU BAKAR PEKAN PAHANG

0 komen

Sila berikan komen anda di sini