Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PENYERAHAN VEST BAHARU BUAT SEMUA GURU KELAS

TAPAK PERHIMPUNAN SMA AL –ATTAS PEKAN , 22 OGOS 2017 – Keprihatinan Unit Hal Ehwal Pelajar dalam mengatur masa agar para pelajar mengehadkan penggunaan masa keluar dari kelas tanpa tujuan nyata , maka dengan ini pihak pengurusan HEP telah melancarkan penggunaan Vest Keluar masuk kelas kepada para pelajar setiap kelas . Vest tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Mod Najib @ Mohammad Najib Bin Yaakob yang diiringi oleh GPK HEP Ustaz Mohd Zin Bin Mat Saman , Setiausaha HEP Puan Wan Nasyitah Binti Wan Nazri kepada semua guru kelas pada hari semalam ( 21 Ogos ) Pada pagi tersebut juga satu gimik telah dilakonkan oleh beberapa orang pelajar tingkatan satu bagi mendedahkan kepada para pelajar akan penggunaan vest tersebut . 

Tag: #SEKOLAH PRIHATIN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini