Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

CERAMAH TALASEMIA

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS PEKAN , 25 JAN 2018 – Jam menunjukkan 10.30 pagi , sementara pelajar SPM merehatkan minda tiba pula giliran pelajar tingkatan 4 khususnya berada di dalam dewan tersebut . Tujuan utama mereka diminta berada di dalam dewan adalah untuk mendengar taklimat  berkaitan ‘ TALASEMIA ‘ yang disampaikan oleh Doktor Tengku Norehan Fariza daripada Unit Kesihatan Sekolah Hospital Pekan. Pada pagi itu , para pelajar mendapat pelbagai info berkaitan penyakit tersebut & bahayanya kepada manusia . Penerangan yang diberikan amat jelas agar mereka lebih bersedia untuk membuat ujian saringan talasemia . 

Ujian tersebut bukanlah bertujuan untuk menakutkan mereka sebaliknya dengan melakukan ujian tersebut kita dapat mengetahui sama ada diri kita menjadi pembawa atau penghidap penyakit tersebut malahan melalui ujian saringan itu juga kita lebih mengetahui tahap kesihatan kita agar bebas daripada sebarang belenggu masalah . Ujian saringan talasemia adalah salah satu inisiatif daripada Kementerian Kesihatan Malayisa agar rakyatnya lebih sihat .

Tag: #UNITKESIHATANSEKOLAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini