Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

Kaulah Pemimpin Hebat SELAMAT BERSARA PUAN PENGETUA

Kaulah Pemimpin Hebat

Langkah mulamu dibumi Al attas
Membawa makna merealisasi impian
Selangkah gerakmu sentiasa cergas
Demi kejayaan yang kauinginkan

Dirimu umpama ibu tercinta
Dengan titipan doa bahagia
Nasihat kau berikan xpernah kami lupa
Akan terpahat untuk selamanya

Tekad dipegang tanpa jemu
Luhurnya hatimu berkorban selalu
Demi pelajar & juga guru
Agar  Al -  Attas sentiasa maju


Songket  ditenun warna ceria
Dipakai pula Puan pengetua
Terukir senyummu kami  bahagia
2 tahun bersama suka & duka

Pagi ini indah & bermakna
Meraikan Persaraan Puan pengetua
Suka & duka bersama - sama
bagi mewujudkan al attas yang ceria

Keringat & pengorbanan tidak terkira
setiap saat & juga masa
Kaulah pemimpin hebat  di mata
Dihati jua xpernah lupa


Andai Puan tinggalkan kami
jangan dibuang kenangan yang lalu
Kasih bersemi di dalam hati
xpernah luput xpernah layu

Akan ada tangisan terjadi
Disaat keringatmu kami perlukan
jiwa & raga setia menanti
Jenguklah kami jangan dilupakan..

By : kmwjchannel
Date : 13 Sept 2020

Tag: #PERSARAANPUANPENGETUA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini