Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PELANTIKAN KETUA / PENOLONG PELAJAR


DEWAN SYED HASSAN AL-ATTAS PEKAN , 23 JANUARI 2017 – Kepimpinan yang kukuh dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang amat penting .Hal ini demikian kerana segala gerak kerja akan berjalan lancar sekiranya semua bertindak mengikut ketetapan yang diinginkan seperti tahap kawalan disiplin para pelajar . Bagi membantu segalanya berjalan lancar , bantuan ketua & penolong pelajar amat diperlukan . Sebagaimana diketahui umum , setiap tahun al -attas akan melaksanakan watikah pelantikan Ketua & penolong pengawas . 
 Lantikan tersebut dinilai berdasarkan pelbagai komitmen dalam segala hal , pada pagi 23 .1 .2107 telah berlangsungnya watikah tersebut yang disampaikan oleh Tuan Pengetua & diiringi oleh GPK HEP Ustaz Zakaria Bin Mahmud sambil disaksikan oleh Setiausaha disiplin sekolah Ustaz Syukor Bin Ahmad Gundal & beberapa guru lain . Mohd Hazrul Hafiz Bin Mohd Hamka telah dilantik secara rasmi menjadi Ketua Pelajar 2017 & Maizatul Munirah Binti Mohd Nazir pula dilantik sebagai Penolong Ketua Pelajar . Sebelum Mengundur diri mereka berdua juga sempat menyampaikan amanat kepada pelajar seangkatannya agar sentiasa berganding bahu dalam menjaga disiplin ketika berada di dalam kawasan sekolah malahan sebagai seorang pelajar adab juga perlu dititik beratkan . Tahniah daripada semua warga pendidik , semoga pada tahun ini mereka akan melaksanakan tugasan sehabis baik melalui lantikan tersebut .

Tag: # KETUA / PENOLONG PELAJAR

1 komen

cikgu

2017-01-24 07:35:04 UTC

tahniah buat anda berdua ... jalankan amanah dengan sikap adil & saksama in shaa Allah

Sila berikan komen anda di sini