Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

TAKLIMAT PENGGREDAN SMA 2018


DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 12 JAN 2018 – Setiap tahun unit kurikulum yang diwakili oleh Ustaz Mohd Shaikan Bin Mohamed Mokhtar selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah akan memberikan satu taklimat khususnya kepada ibu bapa para pelajar  yang akan menduduki Sijil Menengah Agama ( SMA ) pada tahun ini . Taklimat tersebut dibentangkan kepada semua agar ibu bapa mahupun penjaga para pelajar lebih mengetahui setiap mata pelajaran yang perlu dibawa oleh anak – anak mereka .Selain itu , tetamu yang hadir juga  diterangkan gred pencapaian dalam sijil tersebut seperti Mumtaz sofi , mumtaz , jayid , jayid jiddan , makbul & rasib . 

Menurut maklumat daripada  Setiausaha (SMA ) Ustazah Norhaliza Hashim berkata seramai 106 para pelajar yang telah mendaftar bagi menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini . Taklimat tersebut berjalan lancar  & berakhir sekitar jam 11.30 pagi .

Tag: #sma2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini