Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PENCAPAIAN MERENTAS DESA MSSD MEMBANGGAKAN

SMK CHINI PEKAN , 24 JAN 2017 – Merentas Desa peringkat MSSD kali ini telah  melabuhkan tirainya . Beberapa buah sekolah  sekitar daerah pekan bertanding bagi merebut gelaran juara termasuklah Al – Attas yang tidak ketinggalan menghantar wakil pada kejohanan tersebut .Seramai 24 orang pelajar yang terpilih daripada pertandingan merentas desa peringkat sekolah baharu – baharu ini  dihantar ke  pertandingan  itu . Berkat  usaha yang ditonjolkan oleh beberapa orang pelajar  telah melayakkan mereka memenangi tempat 15 terbaik bagi pelajar perempuan &  tempat ke – 10 terbaik bagi lelaki . Walaupun tidak menjadi juara dalam kategori masing – masing tetapi berita tersebut cukup membanggakan warga Al –Attas .Bagi kategori L18 tempat ke -10 dimenangi oleh Mohd Izhan Bin Ahmad Halimee , kategori L15 pula tempat ke- 10 diungguli oleh adik Mohd Yassin Bin Yusli  manakala tempat ke -15 menjadi milik Aidil Adha Bin Mahad . Bagi kategori perempuan pula dimenangi oleh pasangan kembar  Alisha Yasmin & Aliyaa Yasmin masing – masing memenangi tempat ke – 15 & 16 , tahniah kepada para pemenang .

Tag: #MSSD MERENTAS DESA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini