Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

SEMANIS BICARA PK KURIKULUM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
         Alhamdulillah terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada rakan laman web Sekolah Menengah Agama Al –Attas Pekan atas usaha mengekalkan kelancaran perjalanan  laman web yang mempunyai pelbagai pengetahuan malahan sentiasa padat dengan buletin terkini al -attas. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan secebis kata dalam semanis bicara ini.
      Saya selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum sekolah meletakkan segaris harapan yang tinggi kepada semua pelajar Al –Attas agar sentiasa menitikberatkan sikap suka dalam menuntut ilmu ketika berada di sekolah.Melalui cabang yang telah kita sedia maklum , terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Sma Al – Attas sama ada dari segi tempat pembelajaran yang selesa malah kemudahan asas juga turut diadakan.Khidmat Guru juga ditambah baik dari masa ke masa mengikut peredaran walaupun kadangkala sesuatu isu timbul tetapi pihak pengurusan sekolah akan terus berusaha mempamer dan memberikan komitmen dalam mendidik anak –anak Al –Attas agar terus menuju lakaran kecemerlangan.

PENOLONG KANAN KURIKULUM
MUZALINA ZAIDIN

CARTA ORGANISASI 2O24

CARTA ORGANISASI 2O23

AMANAT PENGETUA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 
Kewujudan laman web sekolah  ini merupakan suatu maklumat yang sangat penting sebagai gambaran lakaran perjalanan SMAA dari sudut kurikulum dan kokurikulum mahupun sebarang pencapaian yang tercatat dalam diari ingatan semua .
 
              Saya selaku pengetua SMAA mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada web master sekolah ,serta terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan sehingga memungkinkan segala maklumat laman web ini berada di hujung jari &bukan sekadar catatan kenangan malahan coretan terbaik, bahkan suatu rujukan tentang kemajuan SMAA yang autentik (perkara yang benar & dipercayai) dan rasmi. 
 
              Kecemerlangan adalah sesuatu perkara yang amat diinginkan oleh sesebuah sekolah. Melakarkannya memerlukan pelbagai usaha daripada semua pihak.Komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik SMAA, kakitangan & penggerak kecemerlangan akan melahirkan  para pelajar cemerlang dari segi akademik, sahsiah diri dan akhlak mulia . Semoga SMAA akan  sentiasa berterusan menjadi satu medan dalam membentuk kecemerlangan tersebut.
 
               Bagi mengakhiri secebis bicara ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna laman sesawang yang telah sudi melayari laman web SMAA,besar harapan agar sikap bersatu hati & saling memahami diterapkan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Harapan saya kepada semua, selamat maju jaya.

 
Sekian , terima kasih.
Tuan Haji  Ahmad Sukri Bin Mohamed Sodin ,AMP
Pengetua Sma Al - Attas Pekan
26600 Pekan Pahang Darul Makmur .
                                                                                                               

 
 
 

SEMANIS BICARA GPK KOKURIKULUM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 
           Syukur kepada Yang Maha Esa,dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyuarakan hasrat kepada semua para pelajar Al –Attas.Sebelum secebis lakaran pena saya bertindak lebih jauh,elok kiranya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada peneraju laman web sekolah.Berkat usaha & kesungguhan beliau dalam melakukan sesuatu pekerjaan telah terhasilnya laman web yang dipenuhi dengan buletin terkini Al –Attas.Guru Penolong Kanan Kokurikulum adalah jawatan yang telah saya sandang di SMA Al –Attas Pekan,tugas tersebut memerlukan saya berfikir bagi menjadikan para pelajar cemerlang dalam sukan .
            Walau bagaimanapun,kecemerlangan akademik tidak pernah dilupakan.SMA Al –Attas Pekan akan sentiasa berusaha dalam melahirkan para pelajar yang bijak belajar,bijak bersukan.Jika diteliti dari sudut yang lain,pelbagai acara kokurikulum disertai oleh pelajar Al –Attas seperti MASISUPA,KESSUMA,MSSD,MTQ & sebagainya.Tujuan utama bukanlah untuk mengejar sukan semata – mata tetapi melalui cabang kesukanan juga para pelajar akan lebih aktif pemikirannya,inovatif melakukan sesuatu tindakan malah akan lebih berdaya saing untuk menjadi seorang pelajar serba boleh.Berdasarkan cetusan sesebuah tindakan akan bakal melahirkan generasi yang lebih stabil dari segi kecemerlangan ilmu mahupun kecerdasan idea.
             Akhir Bicara,segulung harapan agar sekolah agama juga akan lebih maju dari segi pencapaian akdemik mahupun bidang kesukanan in shaa Allah.
 
 
 
 Sekian terima kasih,

EN MOHD  SHARKAWI BIN SHAADAN
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SMA AL –ATTAS PEKAN


SMA AL -ATTAS KINI

Kini Sma Al –Attas Pekan telah pun sedikit sebanyak berubah wajah tetapi terdapat juga struktur  bangunan lama yang masih utuh tetap dikekalkan . Dari segi pembinaan bangunan baharu juga semakin berkembang, untuk keselesaan para pelajar menimba ilmu 3 buah bangunan kelas disediakan . Bangunan yang telah sedia ada di hadapan pejabat mempunyai sebanyak  6 buah bilik . Setiap bilik digunakan sebaik mungkin , 4 bilik dijadikan kelas manakala 2 bilik lagi untuk bilik soalan peperiksaan  & bilik kesihatan .Bahagian belakang pula terdapatnya 4 bilik 3 bilik dijadikan bilik seminar 2 yang mempunyai kemudahan air cond , kipas & tayangan LCD yang dapat menempatkan seramai 90 orang dalam satu masa manakala 1 bilik dijadikan bilik penerbitan majalah .Sebaris hujungnya pula mempunyai 2 bilik berkembar yang menjadi tempat pelajar puteri menunaikan solat berjemaah manakala di sebelahnya dijadikan tempat pelajar tahfiz menghafaz al – Quran ketika proses pembelajaran berlangsung . 
Bagi memudahkan urusan semua pihak 1 bangunan untuk kakitangan sekolah disediakan yang menempatkan 1 bilik pejabat , 1 bilik mesyuarat , 1 bilik guru perempuan & 1 stor barangan .Bahagian hadapan bilik guru perempuan pula dibina 1 anjung ilmu yang diberi nama anjung ilmu al – hashim di mana tempat para pelajar mengulang kaji pelajaran , membuat usrah & terdapat juga para guru membuat kelas terbuka di bawah anjung tersebut .Berhadapan anjung ilmu al – hashim terdapat 2 tingkat asrama puteri  yang dapat memuatkan seramai 150 orang pelajar dalam satu masa . Berhadapan asrama puteri mempunyai 1 bangunan yang mempunyai 2 bilik kelas & 1 bilik seminar 1 untuk kemudahan pelajar menggunakan LCD . Hadapan bangunan lama tersebut terdapatnya 1 bangunan yang agak baharu dibina sekitar tahun 2009 . Bangunan tersebut mempunyai 4 tingkat . Tingkat bawah dijadikan Dewan Tertutup Syed Hassan Al –Attas yang mempunyai kemudahan air cond , kipas malahan dewan tersebut dijadikan tempat pelbagai acara berlangsung seperti hari pelaporan , hari kecemerlangan & banyak lagi . Keluasan dewan tersebut dapat menempatkan seramai  400 orang satu masa . 
Tingkat dua pula terdapatnya 1 bilik kitab, 1 bilik guru lelaki , 1 bilik khb , 2 bilik stor  & 2 buah tandas guru lelaki & perempuan. Tingkat 3 mempunyai   4 bilik darjah & 1 bilik kaunseling & 2 buah tandas pelajar perempuan. Manakala tingkat 4 mempunyai sebanyak 6 buah bilik darjah , 2 buah tandas lelaki & 1 bilik dijadikan arkeb kurikulum .Hujung sebelah kanan bangunan tersebut terdapatnya 1 surau untuk pelajar putera solat berjemaah & kadang kala surau tersebut juga dilaksanakan pelbagai majlis ilmu buat semua pelajar & para guru berhimpun . Hujung sebelah kiri bangunan pula terdapatnya 1 bilik stor manakala berhadapan bilik stor ditempatkan 2 bilik berkembar yang bilik tersebut menjadi tempat perpustakaan & makmal . Di perpustakaan al –attas juga terdapat pelbagai jenis bahan bacaan terutamanya dari segi bahan rujukan pelajar , novel islamik , novel – novel remaja , kisah – kisah para rasul & pelbagai lagi . Tidak dilupakan juga pihak sekolah menyediakan 1 bangunan asrama putera yang mempunyai 3 tingkat . Untuk keselesaan para pelajar juga terdapat padang permainan bagi aktiviti riadah para pelajar .Manakala 1 kantin untuk para pelajar membeli juadah ketika  waktu rehat . Semoga dengan segala kemudahan di sma al –attas akan memudahkan pelbagai proses kepada semua warganya. ”Al – Attas Lestari , Pelajar Bestari” . 




SEJARAH KELUARGA AL ATTAS


Keluarga Alattas berada  dalam era pergolakan ini dan telah turut memainkan peranan istimewa dalam sejarah mempertahankan ajaran dan dakwah islamiah. Keluarga Alattas telah sampai ke kepulauan melayu Jawa (Indonesia) pada pertengahan abad ke-18 masihi dan ke semenanjung Tanah Melayu (termasuk Singapura) pada hujung abad ke-18 masihi.

Habib Zain Alattas datuk kepada Habib Hassan Alattas telah sampai ke Pahang dalam bidang perdagangan dan menetap di Pahang pada awal abad ke-19 masihi. Bersama beliau bergerak dalam bidang perniagaan ialah Syed ahmad bin Hassan Alattas, ayahanda kepada Habib Hassan Alattas. Syed Ahmad memperisterikan seorang anak Pahang dan memputerakan Habib Hassan pada tahun 1832 di satu tempat bergelar "Kampung Maulana" berhampiran dengan Istana Bendahara Tun Ali, ayahanda kepada Almarhum Sultan Ahmad . Pertalian dan perhubungan di antara keluarga Di Raja Pahang dengan keluarga Alattas sangat rapat. Seorang keluarga alattas iaitu Syed Omar Alattas telah dilantik menjadi ketua Menteri Pahang. Sejarah ini termasuk sejarah Habib Hassan telah ditulis oleh Sir Winsteadt seorang ahli sejarah British di dalam bukunya "Sejarah Pahang".Habib Hassan menurut sejarahnya dan sebagainya dinyatakan dalam buku "Sejarah Pahang" . Sir Winsteadt telah mengambil peranan penting dalam menyelesaikan perang saudara yang termasyur di negeri Pahang.

Sebagai seorang pedagang dan pendakwah untuk mengembangkan agama islam, beliau meneruskan sumbangan baktinya kepada agama, bangsa dan tanah air, beliau telah menjadi pelopor dan peneroka ke arah pembangunan dalam bidang penyiaran dan penyebaran agama islam, dengan turut menolong membuka beberapa buah sekolah, termasuklah mendirikan sebuah sekolah Arab "Madrasah Alattas" di Pekan Pahang sehinggalah ke hari ini.Untuk mengenang jasa-jasa beliau dan untuk memajukan lagi ekonomi negeri Pahang Almarhum Sultan Ahmad telah berkenan mengurniakan kepada Habib Hassan sebidang tanah yang seluasnya 14000 ekar yang terkenal dengan nama Ketapang Estate di Pekan, Pahang termasuk sebuah pulau di muara Sungai Pahang yang dikenali sekarang dengan Pulau Habib Hassan.Beliau banyak mengorbankan tenaga dan harta kekayaannya dalam urusan-urusan dakwah dan agama, terutamanya dalam kebajikan dan pelajaran untuk anak-anak negeri. 

 












LAGU SEKOLAH




SEKOLAH TERBILANG

WAWASANNYA GEMILANG

SEKOLAHKU KAU KEBANGGAANKU

KEUNGGULANNYA

MERENTASI SEJARAH

SEKOLAHKU KAU KESAYANGANKU

SEMANGAT TERUS MEMBARA

MENGHARUMKAN NAMAMU

ILTIZAM KIAN MENYALA

DEDIKASI UNTUKMU

AL –ATTAS ..... AL –ATTAS

WADAH UMAT CEMERLANG

AL –ATTAS ..... AL –ATTAS

MISI MEMBINA UMMAH

VISI ILMU, IMAN, TAQWA             2X

AL –ATTAS TERUS MARA



MISI, VISI , OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN

 

MISI SEKOLAH

 Beriltizam untuk menyediakan iklim sekolah yang kondusif 

serta budaya bitara bagi melahirkan pelajar yang berkualiti & 

harmonis melalui amalan – amalan yang digariskan islam .

 

VISI SEKOLAH

Membangunkan warga pelajar yang berilmu,berketerampilan,

beriltizam & berwawasan serta berbudi pekerti mulia berlandaskan

 nilai – nilai islam selaras dengan pendidikan kebangsaan.

 

OBJEKTIF  SEKOLAH

Melahirkan insan kamil & soleh yang berpendidikan tinggi 

serta seimbang dari segi intelek , emosi rohani & jasmani

 yang mampu menyumbang bakti kepada keluarga , masyarakat , Negara & bangsa.

 

PIAGAM PELANGGAN

1.     Sentiasa mengutamakan pelanggan dalam setiap keputusan & tindakan.

2.     Menjimatkan konsep mesra pelanggan sebagai budaya kerja.

3.     Sentiasa memberikan kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Kementerian Pelajaran Malaysia, agensi – agensi kerajaan serta pihak swasta bagi menjayakan sesuatu program.