Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

SELAMAT HARI GURU 2020

SAJAK GURU
GURU BIASA YANG LUAR BIASA

Guru kau tidak pernah lelah mengajar
Walaupun ada kalanya kami pernah tersasar
menolak ilmu menutup buku
tetapi kau jua pencetus jaya tanpa jemu
mengenalkan kami dengan secebis ilmu

Guru kau tidak pernah menyesal
memilih kerjaya yang perlu cekal
membangun impian membawa bekal
bagi mendidik  generasi berakal

Guru kau tidak pernah menangisi
akan kebodohan perbuatan kami
kadang kala kenakalan kami cetusi
dalam setiap madah yang kauajari

Guru kau tidak pernah mengeluh
menggorak misi berjanji penuh
memberi kepandaian hingga berpeluh
demi anak bangsamu tanpa jenuh

Guru  kau insan luar biasa
kegagalan & kejayaan seiring jua
 kami bukan insan sempurna
didiklah kami  menuju jaya

Guru & pelajar saling melengkapi
berdiri gah meniti mimpi
mimpi berjaya bangkitkan diri
bagi merealisasikan impian sejati
menjadikan kau & aku mengenal erti
erti kejayaan yang dinanti

#Nukilan :Kmw Channel
#16 Mei 2020 (8.36 Pagi)
#Berguru demi ilmu ,Bina generasi baharu
#Khas buatmu Semua Guru SMAA & Guru Malaysia

Tag: #SELAMATHARIGURU2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini