CERAMAH & SUNTIKAN HPV
BILIK SEMINAR SMA AL –ATTAS , 9 FEB 2018 – Setiap tahun pelajar perempuan tingkatan 1 akan menerima suntikan pelalian HPV bagi mencegah daripada Kanser Servik . Sebelum suntikan diberikan , para pelajar akan diterangkan berkaitan kebaikan suntikan tersebut & keperluan suntikan terhadap antibodi badan seseorang . Suntikan tersebut diperkenalkan di Malaysia sebagai langkah pencegahan awal agar penyakit utama yang menyerang kaum wanita iaitu Kanser Pangkal Rahim dapat dikurangkan peratusannya.
Ceramah yang dikelolakan oleh beberapa orang jururawat dari unit kesihatan sekolah Hospital Pekan berlangsung selamat 2 jam iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 10 .00 pagi . Ketika suntikan dijalankan ,para pelajar ditemani oleh Setiausaha Kebajikan & kesihatan sekolah Cikgu Hafizah Bt Omar bagi memantau pergerakan para pelajar agar sentiasa dalam keadaan baik .
0 komen