Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

BENGKEL MATEMATIK SPM SESI 1


DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS PEKAN , 22 MEI 2017 – Bagi memantapkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Matematik  satu seminar berkala telapun dirangkakan oleh guru mata pelajaran tersebut iaitu Puan Anis Ayuni Binti Abd Wahab pada tahun ini . Usaha yang dilakukan oleh beliau perlu dihargai kerana sanggup bertungkus lumus bagi memastikan para pelajar terutamanya yang akan menduduki SPM tahun ini memperoleh keputusan cemerlang . 

Bengkel Matematik SPM Berkala tersebut telah berlangsung pada hari sabtu & ahad  lalu ( 19 Mei – 20 Mei)  yang disampaikan oleh En Arzaman Bin Saad dijemput khas dari Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Tan Ahmad , Negeri Sembilan . Beliau merupakan guru kanan mata pelajaran Sains & Matematik , pengalamannya amat berguna untuk dipraktikkan dalam bengkel tersebut oleh semua pelajar pada hari berkenaan .Menurut penerangan daripada Puan Anis Ayuni bengkel tersebut mempunyai 5 sesi sepanjang tahun ini . Semoga dengan adanya bengkel yang dilaksanakan  akan membuahkan hasil memberangsangkan dalam subjek tersebut . 

Tag: # BENGKEL MATE

0 komen

Sila berikan komen anda di sini