HARI BAHASA ARAB
TAPAK PERHIMPUNAN SMA AL –ATTAS PEKAN , 25 JAN 2018 – Demi menarik minat para pelajar mencintai penggunaan bahasa Arab dalam kalangan mereka , satu inisiatif telah dilakukan oleh Panitia Bahasa Arab dengan bergilir – gilir mengajar subjek tersebut pada setiap pagi khamis di tapak perhimpunan .
Setiap pagi khamis itu, beberapa orang guru yang mengajar bahasa arab ditugaskan menjalankan satu aktiviti kepada para pelajar agar ilmu dalam penghayatan bahasa arab sentiasa bertambah . Aktiviti tersebut merupakan waktu pembelajaran semua pelajar kerana termasuk dalam jam pembelajaran mereka sebelum waktu mata pelajaran lain yang akan meneruskan sesi pembelajaran di dalam kelas selepas itu . Melalui usaha tersebut sedikit sebanyak para pelajar dapat menghirup udara segar ketika proses pembelajaran & mereka tidaklah terlalu stres malahan lebih santai . Guru – guru subjek lain juga dapat mengambil ilmu ketika proses tersebut berlangsung selama 30 minit .
0 komen