Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

SMA 2022 AKAN DIUMUMKAN JUMAAT 17 MAC 23 INI

*PINDAAN : PENGAMBILAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA ( SMA ) TAHUN 2022*

1. Bahagian Pendidikan , Jabatan Agama Islam Pahang akan mengumumkan keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama ( SMA ) Tahun 2022 pada 17 Mac 2023 ( Jumaat ) jam 10.00 pagi. 

2. Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama ( SMA ) Tahun 2022 akan disempurnakan oleh *Pengarah JAIP , YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali al-Hafiz*.


3. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak keputusan calon bermula 17 Mac 2023 ( Jumaat ) jam 11.00 pagi melalui kaedah berikut :

Laman sesawang di pautan : 
https://esma.pahang.gov.my dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan

4. Ibu bapa/Penjaga boleh juga mendapatkan Slip Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing *pada hari yg sama bermula jam 11 pagi*

Sekian, terima kasih.
   
*ZAIDI BIN ISMAIL*
Ketua Penolong Pengarah 
Bahagian Pendidikan 
Jabatan Agama Islam Pahang

14 Mac 2023 ( SELASA )

Tag: #KEPUTUSANSMA2022

0 komen

Sila berikan komen anda di sini