Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

NAIB JOHAN LABUAN 10'S RUGBY CARNIVAL 2017 BAWAH 16 TAHUN


DATARAN LABUAN SABAH , 23 SEPT 2017 – Pada hari sabtu dan ahad yang lalu telah berlangsungnya satu kejohanan LABUAN 10’S RUGBY CARNIVAL 2017  FT LABUAN MEMBER OF  PARLIAMENT CUP & FT LABUAN  UMNO CHIEF OF YOUTH CUP 17TH EDITION . Sma Al –Attas telah dijemput untuk menyertai kejohanan tersebut dan  menghantar seramai  14 orang pelajar . Selaku jurulatih Sma Al –Attas Encik Norulidzad Ismail telah memberikan segala tunjuk ajar kepada mereka agar memenangi pertandingan tersebut . Sebagai sokongan kepada pasukan rugby Al –Attas Tuan pengetua bersama – sama beberapa orang guru juga turut mengikut serta ke Labuan untuk memberi sokongan moral kepada mereka semua . Berkat usaha semua pemain mereka telah mendapat naib johan dalam kejohanan tersebut kerana telah kalah kepada pasukan  Melaka rc .Walau bagaimanapun , semua warga Sma Al –Attas tetap berbangga kerana menaikkan nama sekolah pada peringkat yang terbaik . Tahniah kepada semua pemain & jurulatih rugbi  Sma Al –Attas .

Tag: #RUGBY

0 komen

Sila berikan komen anda di sini