
CERAMAH NUZUL AL - QURAN
SURAU SMA AL –ATTAS , 19 JUN 2017 – Sebagai tanda pendedahan mengenai cerita di sebalik peristiwa Nuzul Quran , sabtu baru – baru ini ( 17 Jun )unit kerohanian sekolah telah mengadakan ceramah sempena hari tersebut . Ceramah yang bertajuk Nuzul Quran telah disampaikan oleh Ustaz Azlan Bin Abdul Rahman yang dijemput khas daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Ceramah tersebut yang berlangsung selama 1 jam penuh dengan pelbagai pengisian ilmu terutamanya fadilat dalam bulan ramadan . Ustaz Azlan juga sempat bercerita mengenai hadis yang berkaitan fadilat tersebut malahan beliau turut menceritakan kisah Nabi Adam & Hawa ketika dihasut oleh syaitan . Kisah tersebut adalah untuk teladan buat semua pelajar agar lebih berhati – hati agar menahan godaan syaitan supaya jiwa lebih terdidik dalam melaksanakan sesuatu perkara .Sebagai kemuncak ceramah tersebut , ustaz menceritakan peristiwa yang berlaku dalam Nuzul Quran untuk pengetahuan semua pelajar . Semoga dengan ceramah tersebut sedikit sebanyak mendidik diri seseorang ke arah kebaikan .
0 komen