
TEMU DUGA KELAS TAHFIZ IMAM HAFS
BILIK TAHFIZ IMAM HAFS, 25 JAN 2017 – Seramai 17 orang pelajar telah menjalani temu duga bagi melayakkan mereka menjadi sebahagian pelajar tahfiz pada tahun ini . Temu duga tersebut terbuka kepada pelajar tingkatan 1 yang telah mengisi borong permohonan , paling penting mereka berminat dalam menghafaz ayat – ayat suci al –Quran . Temu duga yang telah dikendalikan oleh Puan Nurhidayah Binti Suhaimi bersama – sama Cik Ummi Salamah Binti Abdul Karim yang berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 8 pagi hingga 10.00 pagi . Pelajar tersebut diberikan selama satu jam untuk menghafal surah yang ingin diuji . Suasana temu duga menjadi lebih mencabar kerana masing – masing bersaing untuk memenangi hati juri dengan cuba menghafaz surah mengikut kemampuan mereka .Mengikut kata Puan Nurhidayah selaku guru tahfiz Al –Attas , keputusan temu duga akan diberitahu pada bulan 2 nanti .
0 komen