PROGRAM KOMUNITI PELAJAR ASRAMA BERSAMA PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM PEKAN
RUMAH ANAK- ANAK YATIM JALAN ROMPIN LAMA PEKAN , 7 JAN 2017 – Seramai 21 orang pelajar asrama SMA Al - Attas yang terdiri daripada 12 pelajar putera , 10 pelajar puteri & ditemani oleh 3 orang warden asrama pada pagi itu telah terlibat dalam Program Komuniti bersama penghuni rumah Anak – Anak Yatim di Pekan Lama . Kehadiran mereka disambut baik oleh pengasas rumah tersebut , mereka bersama – sama bergotong – royong melaksanakan pelbagai perkara seperti mengemas kawasan sekitar asrama anak yatim terutamanya membantu dalam memasang cadar,tilam & perkakas yang diperlukan . Melalui aktiviti seperti ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi tali silaturahim & menjadikan diri mereka lebih bersikap prihatin terhadap orang sekeliling .
0 komen