Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS BULAN JUN

DATARAN KEJAT SMA AL –ATTAS,7 JULAI 2017 – Seperti kebiasaan setiap bulan bahagian keceriaan & kebersihan sekolah akan mengadili keseluruhan 17 buah kelas dalam pertandingan kelas tercantik & terbersih pada bulan jun 2017 . Pemenang dinilai dari segi kebersihan setiap sudut bilik darjah malahan kekemasan setiap item yang diperlukan melayakkan mereka memenangi johan pertandingan tersebut . Juri pertandingan yang telah ditugaskan setiap kali pertandingan adalah terdiri daripada  guru bertugas mingguan yang telah dilantik khas dalam bahagian kebersihan .

Tahniah diucapkan kepada kelas 2 fatonah yang telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan tersebut manakala kelas terbersih bagi menengah atas disandang oleh 5 amanah . Pemenang telah memenangi piala pusingan & wang saguhati yang  disampaikan oleh ustaz Mat Zin Bin Mat Saman selaku GPK HEM  pada 5 julai yang lalu  . 

Tag: #KELASKU CERIA & BERSIH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini