Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

KEM SMART AL -QURAN PELAJAR SMA

BILIK SEMINAR 2 AL –ATTAS PEKAN , 4 JAN 2018 – Sebagai usaha memantapkan lagi pembelajaran para pelajar terutamanya kepada semua pelajar yang mengambil Sijil Menengah Agama ( SMA) tahun ini , unit kurikulum telah melaksanakan Kem Smart Al –Quran .Kem tersebut merangkumi latihan membaca , menghafal surah – surah dalam sukatan peperiksaan SMA . Kem tersebut berlangsung selama 2 minggu yang bermula dari 2 januari hingga 9 januari 2018 . Semua guru yang mengajar SMA terlibat dalam menjayakan kem tersebut .

Tujuan utama kem dijalankan adalah untuk memantapkan kemahiran membaca , menghafal & mengingat ayat – ayat al – Quran agar para pelajar sentiasa bersedia ketika proses syafawi sebenar yang akan diadakan pada tahun ini . Bagi melihat prestari setiap pelajar , mereka diminta memperdengarkan setiap  hafazan surah yang dipantau oleh guru pembimbing setiap kumpulan .Semoga usaha yang berterusan akan menempa kejayaan . 

Tag: #KEM SMART AL-QURAN 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini