Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

AMANAH PENGAWAS PUSAT SUMBER


PERPUSTAKAAN SMA AL –ATTAS , 19 JANUARI 2017 – Setiap tahun sebelum perpustakaan dibuka untuk kunjungan para pelajar mengikut waktu yang ditetapkan ,menjadi satu kemestian pelaksanaan dari segi gerak kerja kepada semua pengawas perpustakaan dilakukan . Pengisian mesyuarat tersebut meliputi pelantikan jawatan tertinggi seperti ketua pengawas perpustakaan , penolong & barisan ajk setiap bahagian dalam melancarkan segala hala tuju agar setiap pengunjung yang hadir ( pelajar ) ke perpustakaan berasa lebih menikmati saat – saat menerokai pelbagai jenis bahan bacaan di perpustakaan tersebut . Barisan pengawas perpustakaan juga diajar cara – cara yang betul dalam menjaga rak , buku – buku keluar masuk di samping mencatat nama pelajar yang banyak meminjam bahan bacaan untuk kategori peminjam terbanyak . Lakaran kecemerlangan juga disuntik kepada pengawas perpustakaan agar sentiasa bersemangat bagi menarik semua pelajar lebih mencintai amalan membaca . Selaku setiausaha perpustakaan Puan Hudha Jamaludin bersama – sama ajk guru yang lain telah merangkakan beberapa aktiviti anjuran perpustakaan setiap tahun ,tujuannya adalah untuk meraikan pelajar yang berkunjung kelak malahan akan lebih menaikkan lagi semangat mereka kerana hadiah berbentuk wang saguhati juga disediakan .

Tag: #MESYUARAT PENGAWAS PUSAT SUMBER

0 komen

Sila berikan komen anda di sini