Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

MAJLIS WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN SUMBANGAN MUIP

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS PEKAN , 16 FEB 2018 – Pada hari rabu yang lalu ( 14 Feb ) satu Majlis Penyerahan  Wang Bantuan Persekolahan Sumbangan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Pahang telah diadakan dengan jayanya  tepat jam 9 pagi  & berakhir pada pukul 10 . 30 pagi . Wang bantuan tersebut telah disampaikan oleh wakil kakitangan MUIP iaitu Ustaz Muhammad Hafidz Bin Abdul Halim selaku Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Pekan . 

Setiap pelajar diberikan sebanyak RM 100 .00 seorang & bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan dalam sesebuah keluarga pelajar terbabit . Wang bantuan persekolahan tersebut juga diberikan kepada semua pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang (SMAN ) . Para pelajar juga diingatkan terlebih dahulu agar menggunakan wang tersebut secara berhemat tanpa membazir ke arah yang tidak seharusnya . Pihak sekolah juga sempat mengucapkan kata terima kasih atas sumbangan wang bantuan yang disalurkan setiap tahun kepada semua pelajar  . 

Tag: #WANGBANTUANPERSEKOLAHAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini