Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

TAHNIAH !! ATAS KEJAYAAN ANDA

 

 SMA AL –ATTAS PEKAN, 19 DIS 2016 – Kejayaan yang diinginkan tanpa usaha akan sia –sia . Setiap pelajar yang pintar dalam segala hal akan melakukan sesuatu yang memberangsangkan terutamanya memperoleh  keputusan yang terbaik . Selaku Setiausaha PT3 Puan Husna Binti Abu Bakar  bersama – sama guru tingkatan tiga pada pagi itu berganding bahu dalam menyusun atur tempat untuk  para pelajar PT3 mengambil keputusan mereka mengikut kelas masing – masing . Tepat jam 10 .30 pagi keputusan keseluruhan telah diketahui .Riak wajah ceria terpancar apabila masing – masing mengetahui keputusan yang diperoleh,para guru yang mengajar juga turut tumpang gembira atas peningkatan kali ini. Bagi pelajar yang berusaha hasil yang dituai berbaloi dengan penat yang ditanggung . Manakala bagi pelajar yang kurang cemerlang jangan mudah berputus asa kerana kejayaan lain masih terbentang buat anda .Seramai 7 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang pada kali ini.Usaha yang jitu dengan memperoleh 9A 2B melayakkan adik Muhammad Muhsin Bin Suhaimi menjadi pelajar paling cemerlang PT3 2016 di Sma Al -Attas & diikuti oleh adik Ammaruddin Bin Mohammad dengan memperoleh keputusan 9A 1B 1C. Tahniah kepada semua pelajar cemerlang PT3 2016 .

Tag: #SMA AL -ATTAS ( PT3)

2 komen

cikgu

2016-12-26 00:22:25 UTC

Tahniah!! usaha berterusan telah membuktikan anda layak memperoleh keputusan yang membanggakan...

cikgu

2016-12-16 06:16:52 UTC

Tahniah semoga terus cemerlang Di Dunia dan Akhirat

Sila berikan komen anda di sini