Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

MOTIVASI HALA TUJU SELEPAS SPM

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 18 JULAI 2017 -  Bagi membangkitkan lagi semangat pelajar dalam peningkatan pembelajaran, satu Seminar Kerjaya & Hala Tuju telah diadakan khas untuk semua pelajar tingkatan 5. Setiap slot yang disediakan telah  menampilkan beberapa penceramah hebat seperti Encik Fouzi Bin Singon , Encik Fahkrur Rozi Bin Jalaluddin , Encik Dr Ikbal Zahin Bin Mohamed , Encik Mohammad Hilmi Bin Mohammad Napiah . Para pelajar  diberikan pelbagai motivasi dari sudut kata – kata malahan terdapat juga penceramah yang berkongsi ilmu cara – cara melaksanakan jadual belajar dengan lebih berkesan . Seminar tersebut berlangsung selama 2 hari berturut – turut  bertempat di dewan Syed Hassan  Al –Attas . Semoga dengan adanya seminar tersebut akan lebih membina jati diri & kecemerlangan dalam diri setiap pelajar terutamanya yang hadir setiap slot motivasi tersebut . Pihak pengurusan sekolah juga mengucapkan jutaan  terima kasih kepada semua penceramah yang dijemput khas daripada pelbagai jabatan kerajaan & swasta .  

Tag: #MOTIVASI DIRI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini