Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PERKARA YANG PERLU DIJAUHI

DATARAN KEJAT SMA AL -ATTAS , 9  MAC 2017 – Seperti kebiasaan, setiap pagi pada waktu perhimpunan titipan ilmu akan disampaikan kepada semua pelajar & para guru oleh pelajar di bawah Badan Dakwah Sekolah & merangkap sebagai Pengawas Perpustakaan . Menggunakan pendekatan saling mengingatkan antara satu sama lain setiap ilmu yang dikongsikan bertujuan membuka kotak pemikiran  semua agar lebih rasional dalam membuat sesuatu tindakan . Ahmad Nazhif Bin Nazri ditugaskan  menyampaikan ilmu tersebut antara pengisiannya ialah bersikap lebih adil dalam melaksanakan sesuatu tugasan terutamanya apabila menjadi seorang pemimpin . Jangan sesekali mendekati zina kerana akibat yang diterima kepada sesiapa yang mendekati zina amatlah berat balasannya oleh Allah terhadap hamba-Nya . 

  Huraian yang jelas & mudah difahami oleh sesiapa jua  ketika proses penyampian ilmu berlangsung membuatkan para pelajar amat khusyuk mendengar & mencatat ilmu tersebut . Semoga melalui perkongsian itu akan lebih menyedarkan  & mendekatkan semua ke arah kebaikan.

Tag: # TITIPAN ILMU

0 komen

Sila berikan komen anda di sini