Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PERLAWANAN PERSAHABATAN

PERKARANGAN  SMA AL –ATTAS ,  10 FEB 2017 – Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ialah kolej yang telah dinaik taraf sebagai kolej universiti di bawah kerajaan negeri Pahang .Terdapat juga bekas pelajar Al – Attas yang melanjutkan pelajar di situ . Bagi mengeratkan tali silaturahim agar terus berpanjangan , pada hari jumaat yang lalu telah diadakan perlawanan persahabatan bagi sukan bola tampar , bola sepak  & ping pong .Perlawanan tersebut berlangsung antara jam 5.00 petang sehingga selesai . Keterujaan dapat dilihat daripada riak wajah semua wakil sama ada daripada KUIPSAS mahupun SMAA kerana di samping bermain mereka juga berkenalan mesra ketika sesi tersebut . Terima kasih diucapkan kepada semua wakil KUIPSAS atas kesudiaan hadir ke bumi  Al –Attas . 

Tag: # ERAT SILATURAHIM

0 komen

Sila berikan komen anda di sini