Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

MAKLUMAN MESRA PERHATIAN....

Assalamualaikum wbt,
Semoga semua warga SMA AL-ATTAS berada dalam keredhaan Allah.

Peringatan kepada semua pelajar asrama SMA AL-ATTAS ...

1. Para pelajar dikehendaki kembali ke asrama pada hari ISNIN( 03.08.20) pada masa yang ditetapkan iaitu pada jam 3 petang hingga 6 petang kerana pihak asrama akan melakukan langkah2 SOP bagi pelajar2 asrama.

2. Pelajar2 hendaklah membawa semua peralatan yang disenaraikan dalam surat sebelum ini.

3. Ibu bapa hanya boleh menurunkan pelajar-pelajar dan barang-barang sahaja tanpa ibu bapa keluar dari kereta ( drive thru ). Warden akan melakukan saringan kesihatan sebelum para pelajar masuk ke asrama.

 Mohon kerjasama Ibu bapa untuk  berada di kawasan sekolah tidak lebih daripada 15  minit untuk mengelakkan kesesakan. 

 - Pihak sekolah mohon kerjasama ibu bapa dan pelajar untuk sama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian/JAIP  untuk kejayaan kita bersama

Guru2 juga telah cuba  melakukan yang terbaik demi menyambut kehadiran pelajar2 kembali ke sekolah semula.
Proses nyah cemar telah dilakukan di semua kawasan sekolah .

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memelihara dan mengurniakan kita semua kejayaan cemerlang dunia akhirat.

Sekian dimaklumkan , wassalam...

- Pengetua SMA AL-ATTAS -

Tag: #ASRAMA2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini